Warga UMS Perlu Rai Pencapaian Agar Jadi Motivasi

Warga UMS Perlu Rai Pencapaian Agar Jadi Motivasi

Sempena lawatan kerja rasmi dua (2) hari Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula semalam, beliau telah meluangkan masa menghadiri Majlis Anugerah Hal Ehwal Pelajar & Alumni kali ke-24 (MAHEPA 24) UMS di Sabah International Convention Centre malam tadi.

MAHEPA 24 dianjurkan bagi menghargai sumbangan serta meraikan pencapaian warga UMS sepanjang 2022.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan warga UMS untuk meraikan setiap pencapaian dengan selayaknya dan berharap penganugerahan ini akan menjadi pembakar semangat kepada yang lain.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada para mahasiswa UMS untuk memanfaatkan kehidupan sebagai seorang pelajar dengan sebaiknya, bukan sahaja dalam konteks akademik, tetapi dari semua dimensi lain yang menyentuh kedewasaan dan kematangan.

Selain itu, YB Menteri turut berkongsi inisiatif-inisiatif yang bakal dan sedang dijayakan KPT; antaranya pindaan AUKU, pembangunan ekosistem promahasiswa serta program Semarak Siswa Madani.

Menurut beliau, ketiga-tiga perkara yang sedang diusahakan ini tidak akan dapat dijayakan apatah lagi memberi nilai tambah kepada sektor pendidikan tinggi negara, tanpa sokongan daripada universiti dan mahasiswa.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2103
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.