YB Menteri Buat Pertemuan Dengan Ketua Eksekutif Universiti Swasta

YB Menteri Buat Pertemuan Dengan Ketua Eksekutif Universiti Swasta

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah meluangkan masa menyantuni para Ketua Eksekutif Universiti Swasta dalam sebuah majlis ramah mesra di ibu negara pagi tadi.

Dalam majis tersebut, beliau telah merakamkan penghargaan atas kerjasama serta sumbangan yang diberikan oleh sektor pendidikan tinggi swasta negara, bukan sahaja dalam bidang ilmu malah merangkumi pelbagai aspek lain juga.

Justeru, beliau mengharapkan jalinan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pihak swasta akan berterusan bagi menjayakan gagasan kerajaan serta visi meletakkan jenama pendidikan tinggi Malaysia di peta dunia.

Beliau turut sempat berdialog dan mengutip buah fikiran daripada mereka yang hadir bagi mendapatkan lebih input dalam memperkasa Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) swasta tempatan.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menjalankan fungsi Ketua Setiausaha, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 623
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.