YB Menteri Iring Perdana Menteri Buat Lawatan Rasmi Ke SUK Perak

YB Menteri Iring Perdana Menteri Buat Lawatan Rasmi Ke SUK Perak

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengiringi Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan rasmi ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan (SUK Perak) siang tadi.

Disambut oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Saarani Mohamad dan barisan EXCO, YAB Perdana Menteri telah menerima taklimat berkaitan pembangunan semasa di negeri tersebut.

Tekad menjadikan Perak sebuah negeri yang maju dari segi ekonomi dan berpendapatan tinggi, Kerajaan Perak sedang giat merancang dan melaksanakan banyak projek pembangunan berimpak tinggi.

Sesungguhnya, sinergi dan dinamika antara kerajaan negeri dan persekutuan, termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi mampu meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan segenap lapisan rakyat Perak.

Turut sama dalam lawatan berkenaan adalah Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 348
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.