YB Menteri Iring Perdana Menteri Di USM

YB Menteri Iring Perdana Menteri Di USM

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengiringi Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Universiti Sains Malaysia (USM) pagi tadi bagi menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang 2024.

Persidangan bertemakan "Inovasi Tadbir Urus Zakat Dalam Merapatkan Kesenjangan Sosioekonomi Ummah" tersebut telah dianjurkan secara bersama oleh Pusat Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang; Zakat Pulau Pinang; Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang; Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam USM; dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.

YAB Perdana Menteri turut menyampaikan ucaptamanya kepada kira-kira 1000 orang peserta yang telah bersidang di USM selama dua hari bermula semalam.

Sebelum itu, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang turut mengambil peluang bersarapan dan beramah mesra dengan para perwakilan mahasiswa USM.

Beliau turut menitipkan amanah kepada para mahasiswa tersebut sambil berkongsi harapan beliau.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hj. Hussin; sert Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 360
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.