YB Menteri Isi Ibadah Malam Ke-9 Ramadan Di UPSI

YB Menteri Isi Ibadah Malam Ke-9 Ramadan Di UPSI

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir mengisi malam kesembilan Ramadan dengan program Semarak Ramadannya bersama warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program tersebut merupakan siri jelajah bulan ramadan beliau ke Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan pengisiannya dipenuhi aktiviti ibadah sambil menyantuni barisan pengurusan, pentadbir, tenaga pengajar, serta para pelajar di situ.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, saudara Muhammad Farhan Hakimi Khairul Aizam telah diberi kepercayaan bagi memimpin solat fardu isyak dan solat sunat tarawih berjemaah di Masjid Al-Mursyidin UPSI malam tadi.

YB Menteri turut tidak melepaskan peluang bermoreh dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang hadir sambil menyaksikan penyerahan sumbangan para penaja untuk manfaat dan kebajikan seluruh warga UPSI.

Sebelum pulang, beliau sempat menitipkan ucapan selamat datang dan salam Ramadan kepada mahasiswa baharu UPSI.

Tidak dilupakan, beliau turut meniupkan kata-kata semangat kepada semua mahasiswa UPSI untuk terus kuat belajar dan tekal capai kejayaan. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 413
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.