YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Surat Pelantikan Semula TNC AA UPNM

YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Surat Pelantikan Semula TNC AA UPNM

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan semula kepada YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di pejabatnya pada petang tadi. Pelantikan semula ini adalah berkuat kuasa mulai 1 April 2024.

YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2003 dan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteran Mekanikal (Specialisation in Impact and Explosion Engineering) dari University of Manchester, United Kingdom pada tahun 2008.

Turut hadir sama adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 371
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 03 Mei 2024, 17:19:48.