YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Watikah Pelantikan TNC UUM dan UPSI

YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Watikah Pelantikan TNC UUM dan UPSI

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan dua (2) orang Timbalan Naib Canselor Universiti Awam di pejabatnya pada petang semalam.

Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd Sani dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau yang memiliki latar belakang akademik dalam bidang Sains Politik dan sebelum ini menyandang jawatan Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM.

YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyampaikan surat pelantikan semula Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada Prof. Dr. Suriani Abu Bakar. Beliau menyandang jawatan ini sejak tahun 2019 dan memiliki kepakaran dalam bidang Sains Fizik.

Kedua-dua pelantikan Timbalan Naib Canselor UUM dan UPSI adalah bagi tempoh dua (2) tahun dan berkuat kuasa pada hari ini, 26 Februari 2024. Turut hadir sama adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1734
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim