YB Menteri Umum RM10 Ribu Sumbangan Kepada MPP Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Malam ke-3 Ramadan warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam lebih bermakna apabila Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turun meneruskan kembara Semarak Ramadan beliau dengan menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah di situ.
Seusai beribadat, YB Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan ahli kariah serta menikmati juadah moreh yang disediakan secara gotong royong oleh warga PSA.
Pada kesempatan itu, beliau turut mengumumkan penyerahan sumbangan sebanyak RM 10 ribu diperuntukkan daripada geran Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada Majlis Perwakilan Pelajar PSA (MPP PSA).
Menurut YB Menteri, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Yang-Dipertua MPP PSA, saudari Ishqi Noremey sebagai kegunaan dan manfaat MPP PSA juga para pelajar di situ.
Hadir sama di Pusat Islam PSA malam tadi, Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; para pengurusan tertinggi KPT; serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1494