YB Timbalan Menteri Mulakan Tugas Di KPT

YB Timbalan Menteri Mulakan Tugas Di KPT

YB Dato’ Mohammad Yusof Haji Apdal memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi hari ini di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan mengimbas kad perakam waktu di lobi KPT pagi tadi.

Beliau yang disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha bersama-sama barisan pengurusan tertinggi Kementerian turut mengaminkan bacaan doa sebagai memohon keberkatan dan keselamatan kepada pentadbiran baharu ini.

YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, 62, merupakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Sabah dan ini merupakan lantikan pertama beliau sebagai jemaah Menteri Persekutuan.

Selamat bertugas YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal dari seluruh warga KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3125
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.