YBM Hadiri Simposium Tekstil Tradisional Asean Ke-8

YBM Hadiri Simposium Tekstil Tradisional Asean Ke-8

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli menghadiri Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di sini hari ini.

Simposium dwitahunan anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja yang turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi diadakan mulai 25 hingga 30 September.

Simposium tersebut telah menghimpunkan ramai penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari seluruh Malaysia, ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.

Sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan oleh 13 negara antaranya Brunei Darussalam, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar dalam simposium ini bagi membincangkan berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tektil tenunan asli di rantau ASEAN.

Selain itu, turut dipamerkan untuk tontonan umum merupakan pelbagai koleksi menarik koleksi tenunan peribadi Seri Paduka sendiri, hasil tenunan dari penjara serta koleksi peribadi tokoh budaya Allahyarhamah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz.

Ketibaan Seri Paduka berdua turut diiringi oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan telah disambut para tetamu kehormat yang hadir.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2482
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.