YBM Menerima Kunjungan Delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

YBM Menerima Kunjungan Delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di pejabatnya petang tadi.

Kunjungan yang diketuai YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi, Pengerusi IPTS mewakili kerajaan negeri Perak merangkap Naib Canselor USAS telah membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal akademik serta perancangan pembangunan universiti berkenaan.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, Dato' Shaharudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT, YBhg. Prof. Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, CEO MQA, serta YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan KPPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10203
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 18:17:40.