YBM Menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2021 KPT

YBM Menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2021 KPT

"Kecemerlangan bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja, tetapi juga dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti dan sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan negara, malah semua Warga KPT diseru untuk menghayati setiap arahan, tugasan dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah."

Begitulah antara intipati ucapan YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi yang telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2021 KPT di Dewan Za'ba sebentar tadi.

Seramai 110 orang kakitangan cemerlang dari KPT, JPT, JPPKK dan AKEPT telah diberi penghargaan melalui majlis kali ini yang diadakan secara fizikal semenjak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Para pegawai yang telah menerima pengiktirafan kali ini diharap dapat terus memberikan komitmen serta kesungguhan dalam setiap tugasan yang diberikan yang kemudiannya dapat menjadi ikutan serta tauladan kepada rakan sekerja lain dalam mencapai ekosistem pekerjaan yang cemerlang.

Majlis yang turut diadakan bersekali dengan perhimpunan bulanan KPT ini telah turut memberikan ruang kepada YB Menteri berkongsi pencapaian serta aktiviti kementerian yang telah dijalankan baru-baru ini.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK, serta para pengurusan tertinggi KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10189
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.