YBM Terima Kunjungan Hormat Presiden UIAM

YBM Terima Kunjungan Hormat Presiden UIAM

YB Menteri telah menerima kunjungan hormat Tan Sri Samsuddin Osman, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Parlimen petang tadi.

Kunjung hormat tersebut merupakan pertemuan kali pertama mereka selepas Tan Sri Samsudin diumumkan sebagai Presiden UIAM yang kesembilan untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Selain itu, YB Menteri telah turut diberi taklimat berkaitan pentadbiran dan hal ehwal pelajar daripada Presiden UIAM.

Turut sama Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan & Pembangunan) KPT, dan Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3089
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.