YBTM Serah Bantuan Care4u Yayasan Kebajikan Siswa (YKS)

YBTM Serah Bantuan Care4u Yayasan Kebajikan Siswa (YKS)

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, menyampaikan sumbangan bantuan CARE4U Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada 19 mahasiswa berkeperluan daripada latar belakang sosio-ekonomi miskin tegar yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Tawau, Politeknik Sandakan, Politeknik Tawau, Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Semporna dan Kolej Komuniti Lahad Datu.

YKS telah ditubuhkan sejak 2021 bertindak sebagai sayap di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memelihara kebajikan serta kesejahteraan mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Pelbagai jenis bantuan dan sumbangan disediakan oleh pihak Yayasan bagi memastikan mahasiswa mendepani cabaran yang dihadapi tanpa menjejaskan kelancaran proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) mereka. Antara bantuan YKS yang boleh memanfaatkan mahasiswa adalah khairat kematian, bantuan kos perubatan, bantuan bencana/musibah, CARE4OKU, CARE4U dan tajaan pendidikan.

Turut hadir sama semasa sesi penyerahan sumbangan ini adalah Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Pengurusan) KPT, Tuan Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Governan dan Pembangunan) JPT, Tuan Dullah bin Muluk, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu (mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti) dan Tuan Hirman Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar JPT merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (interim) YKS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2240
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim