logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

PROGRAM KEKAL SIHAT KPT PRIHATIN MADANI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

19 OGOS 2023


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

  1. Alhamdulillah, saya gembira melihat ramai yang hadir pada hari
  1. Selain dapat bertemu dan beramah mesra, program pada pagi ini kita anjurkan bertujuan untuk memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua yang hadir.
  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) anjurkan program ini kerana kita percaya, selain menumpukan kepada agenda pembangunan, isu ekonomi dan pelbagai perkara pentadbiran, aspek kesihatan mesti turut kita berikan perhatian.
  1. Penjagaan kesihatan mesti menjadi perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua.
  1. Kesihatan adalah perkara paling berharga untuk diri kita. Kita mesti bersama-sama menyebar kesedaran penjagaan kesihatan.
  1. Biar sebanyak mana pun pembangunan kita lakukan di Kota Tinggi ini, kesemua itu tidak akan bermakna jika tahap kesihatan masyarakat di sini tidak berada dalam keadaan baik.
  1. Jadi, kita mesti meletakkan kesihatan sebagai keutamaan kita. Jangan diambil mudah, jangan menunggu sehingga sakit baru kita hendak mencari rawatan.
  1. Dan apa-apa sahaja isu berkaitan tahap kesihatan di sini mesti diselesaikan dengan segera dan berkesan.
  1. Atas dasar itulah, hari ini, bersama-sama kita adalah sekumpulan para pegawai kesihatan dan petugas-petugas dari Universiti Kebangsaan
  1. Mereka semua hadir dan bertandang ke sini untuk bertemu dan menyumbang kepada masyarakat di sini. Mereka mahu memberi khidmat dan berkongsi ilmu. Mereka gunakan segala kelebihan dan pengalaman yang mereka ada untuk membantu orang awam.
  1. Jadi, saya kira adalah wajar jika kita semua memberikan penghargaan dan menerima kedatangan mereka dengan penuh mesra.

Tuan-tuan dan puan-puan,

  1. Apa yang akan para sukarelawan dan petugas dari UKM akan lakukan sepanjang program ini adalah, memberikan pelbagai khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma.
  1. Saya dimaklumkan, ada pemeriksaan tekanan darah dan berat badan. Ada pemeriksaan gula. Malah akan turut dibuka pemeriksaan gigi dan mata.
  1. Hari ini kita tidak perlu ke hospital atau klinik. Tetapi doktor dan pegawai perubatan yang datang ke sini.
  1. Jadi, ambillah peluang ini dan manfaatkan kehadiran pasukan perubatan dan para petugas serta sukarelawan dari UKM yang datang ini. 
  1. Malah, saya juga sudah maklumkan kepada pihak UKM untuk mereka memberikan bantuan dan khidmat nasihat yang sebaik mungkin, bersesuaian kepada semua yang hadir.

Tuan-tuan dan puan-puan,

  1. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, kita bekerjasama dengan UKM dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz kerana kita tahu, penting untuk universiti mendekati dan memberi khidmat kepada masyarakat.
  1. Segala kemudahan yang ada di universiti dan hospital-hospital pengajar di bawah KPT mesti digerakkan untuk kepentingan dan manfaat.
  1. Ilmu, kepakaran dan pengalaman golongan bijak pandai di universiti tidak akan bermakna melainkan semua itu benar-benar dikongsi dan dirasai oleh orang awam.
  1. Kita tidak mahu segala kepakaran dan kebijaksanaan tersebut hanya berlegar dalam kalangan mereka yang berada di universiti sahaja.
  1. Jadi, program pada hari ini adalah satu lagi cara KPT mendekati masyarakat dan menjayakan agenda MADANI yang menjadi aspirasi YAB Perdana Menteri.
  1. Kita mahu merakyatkan ilmu, kita mahu mendekatkan universiti dengan masyarakat, dan kita mahu menjadi sebuah kementerian dan sektor pendidikan tinggi yang memberi manfaat kepada semua.
  1. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua kakitangan KPT dan petugas serta pasukan dari UKM, khususnya dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang sudi datang dan memberikan khidmat di Kota Tinggi pada hari ini.

Muat Turun:

  pdf Teks Ucapan YBM Sempena Program Kekal Sihat KPT Prihatin MADANI Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).pdf (120 KB)  

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9312
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.