Bahagian Akaun
Latar Belakang
Bahagian Akaun diwujudkan secara rasminya pada tahun 2009 dan berperanan sebagai Pejabat Perakaunan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan keanggotaan seramai lima puluh (50) perjawatan yang diketuai oleh seorang Ketua Akauntan.
Visi & Misi
Visi
Peneraju Kecemerlangan Dalam Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Pengurusan Sektor Awam.
Misi
Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Yang Terbaik Serta Memenuhi Keperluan Pemegang-pemegang Taruh.
Objektif
• Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan;
• Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada pemegang taruh;
• Memastikan transaksi kewangan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa;
• Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik; dan
• Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan.
Piagam Pelanggan
i. Membayar gaji bulanan anggota Kementerian dan Jabatan;
ii. Memberi maklumbalas kepada semua aduan sistem dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
iii. Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ);
iv. Memproses permohonan tahap capaian pengguna sistem iGFMAS dan sistem eVendor dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
v. Memproses permohonan pengesahan dan penamatan Authorized Personnel (AP) bagi token GPKI melalui Portal GPKI pada hari yang sama dan tidak lewat dari tiga (3) bekerja dari tarikh permohonan diterima;
vi. Melaksanakan Payment Run bagi kelulusan Cek / EFT/ pindahan telegraf / bank draf dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas dokumen selesai diperaku II oleh PTJ;
vii. Memproses bil bayaran pukal dalam tempoh lima (5) hari selepas fail pukal diterima dari agensi;
viii. Meluluskan permohonan sijil AP58(a) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan diterima;
ix. Memproses Bayaran Permohonan Pulangan Balik Hasil AP87 dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diterima;
x. Memproses bayaran untuk permohonan pembiayaan komputer/ telefon pintar / pinjaman kenderaan / pendahuluan diri LBGE / AP59/ AP55/ Pendahuluan diri TNT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima;
xi. Membuat pengesahan Sijil Akuan Hutang/ Tidak Berhutang bagi pegawai yang hendak bersara dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan diterima; dan
xii. Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dokumen kewangan dan perakaunan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas permohonan lengkap diterima.
Struktur Organisasi
Fungsi
Seksyen Perunding dan Perakaunan Pengurusan
- Memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan kewangan serta sistem perakaunan seperti berikut:
- Khidmat Nasihat/ Perundingan:
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ
- Memantau pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan di jabatan dan agensi 1GFMAS
- Membuat analisa Khidmat Perundingan untuk keperluan pemantauan pengurusan
- Membuat pemantauan pematuhan SAGA oleh Agensi di bawah KPT
- Pakar Rujuk Perakaunan Akruan:
- Membantu menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan
- Latihan Perakaunan Akruan:
- Merancang latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
- Memastikan semua pegawai perakaunan mengikuti latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
- Membuat analisa keberkesanan latihan yang dijalankan
- Perkhidmatan Teknikal:
Memberikan Bantuan Teknikal Operasi kepada PTJ mengenai sistem 1GFMAS - Menguruskan ID Pengguna Sistem iGFMAS
- Mengurus dan menyelenggara e-mel
- Mengurus permohonan Sijil Digital Pengguna
- Urusetia Mesyuarat
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan SAGA
- Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kementerian
- Mesyuarat Kumpulan Kerja Perakaunan Akruan Kementerian
- Pengurusan Maklumat Pembekal
- Maklum balas prosedur/ piawaian perakaunan akruan/ kewangan/ operasi
- Penyelarasan Arahan/ Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun
- Khidmat Nasihat/ Perundingan:
- Menyedia maklumat dan laporan serta menasihati pengurusan atasan dalam membuat keputusan bagi perkara berikut:
- Perakaunan Kos:
- Menyediakan maklumat kos untuk menilai program kementerian dalam pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) dan lain-lain keperluan pengurusan.
- Membuat analisa Perakaunan Kos untuk keperluan pemantauan pengurusan
- Analisa Kewangan:
- Menganalisa maklumat kewangan, menyediakan laporan dan menasihati pengurusan atasan membuat Keputusan
- Perakaunan Sumber:
- Mengawal dan memantau maklumat sumber kewangan, sumber manusia dan aset bagi tujuan perancangan kewangan
- Analisis Pengukuran Prestasi
- Menilai kecekapan dan keberkesanan Program/Aktiviti/ Projek/ Inisiatif Kementerian bagi memantau prestasi Kementerian dalam meningkat penyampaian
- Penyediaan Penyata Kewangan Kementerian
- Pelaporan Bulanan Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan dalam tempoh 14 hari
- Pelaporan Mingguan dan Bulanan Peruntukan dan Perbelanjaan
- Perakaunan Kos:
Seksyen Perakaunan Kewangan
Memastikan maklumat perakaunan disediakan dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan:
- Perakaunan Belanja:
- Membuat semakan baris caj PT & Arahan Pembayaran
- Mengurus Akaun Belum Bayar (ABB)/ Bayaran
- Membuat Semakan Pukal
- Mengurus pembayaran gaji bulanan kepada Anggota Kerajaan Persekutuan
- Membuat Pelaporan Operasi Perakaunan Belanja
- Perakaunan Hasil:
- Memantau Lejar Akaun Belum Terima (ABT)/ Hasil
- Menguruskan Akaun Bank Bayaran, Akaun Bank Terimaan & Akaun Bank EFT Kementerian
- Menguruskan Untung/Rugi Pertukaran Matawang Asing
- Membuat Pelaporan Operasi Perakaunan Hasil
- Perakaunan Liabiliti & Ekuiti:
- Mengurus Akaun Subsidiari Pendahuluan Luar Negara
- Mengurus Akaun Panjar
- Mengurus Akaun Amanah
- Mengurus Akaun Deposit
- Membuat Pelaporan Operasi Perakaunan Liabiliti/Ekuiti
- Perakaunan Aset:
- Menguruskan Perakaunan Aset Bukan Kewangan
- Membuat Pelaporan Operasi Perakaunan Aset
- Operasi Akaun:
- Memantau, Menyemak & Menyelaras laporan perakaunanan Belanja/ Hasil/ Liabiliti/ Ekuiti/ Aset
- Mengurus Akaun Subsidiari Pendahuluan Dalam Negara/ Pinjaman
- Mengurus bayaran balik hasil
- Menguruskan struktur kod perakaunan kementerian
Seksyen Pemantauan
Memantau pengurusan perakaunan dan kewangan di kementerian meliputi:
- Menjalankan naziran belanja, aset, terimaan & liabiliti PTJ iGFMAS bagi memastikan mematuhi semua peruntukan undang-undang, piawaian perakaunan serta peraturan kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa, membuat pemantauan, verifikasi dan menganalisis pelaporan ke atas belanja dan liabiliti bagi mempertingkatkan kawalan dalaman.
- Menjalankan naziran belanja, aset, terimaan & liabiliti PTJ EM iSPLN bagi memastikan mematuhi semua peruntukan undang-undang, piawaian perakaunan serta peraturan kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa, membuat pemantauan, verifikasi dan menganalisis pelaporan ke atas belanja dan liabiliti bagi mempertingkatkan kawalan dalaman.
- Melaksanakan verifikasi aset tahun semasa dan ekuiti bagi memastikan rekod perakaunan adalah teratur, lengkap dan tepat, mengkaji tahap risiko penemuan naziran dan membuat pemantauan terhadap tindakan yang diambil ke atas penemuan naziran.
- Melaksanakan larian skrip ACL setiap bulan bagi objektif yang telah ditetapkan oleh BPOPP, membuat analisis penilaian risiko seterusnya mengesahkan sekiranya tindakan pembetulan perlu dilaksanakan.
- Melaporkan penemuan dan analisis hasil naziran di dalam Mesyuarat JPKA.
- Menjalankan Naziran Khas bagi semua skop berasaskan penilaian risiko dan keperluan atasan dari semasa ke semasa.
- Menyediakan dashboard pelaporan tahunan dan isu matan bagi dikemukakan kepada BPOPP pada setiap tahun.Naziran:
- Dokumen Akaun Terimaan & Pelupusan Dokumen:
- Menyemak Dokumen Akaun Terimaan, menilai pengurusan terimaan Pejabat Pemungut (PP), menganalisis dan menilai impak risiko bagi memastikan wujudnya kawalan dalaman yang teratur dan mencukupi dalam aspek pengurusan terimaan PP.
- Memberi kebenaran ke atas permohonan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan mengikut peraturan yang berkuatkuasa. )
Seksyen Khidmat Pengurusan
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, sumber manusia, kewangan, perhubungan awam dan kualiti:
- Pentadbiran :
- Melaksanakan Pentadbiran Am Pejabat termasuk keselamatan, urusan surat Kerajaan dan penyelenggaraan
- Melaksanakan Pengurusan Aset Alih Kerajaan
- Melaksanakan Pengurusan Rekod bahagian
- Melaksanakan Pengurusan Kenderaan Kerajaan
- Kewangan:
- Menyediakan dan mengawal peruntukan dan belanjawan bahagian
- Melaksanakan urusan perolehan bahagian
- Melaksanakan pengurusan Stor Unit dan bekalan pejabat
- Melaksanakan pelbagai tuntutan kewangan termasuk waran perjalanan udara
- Sumber Manusia::
- Melaksanakan urusan perkhidmatan, naik pangkat, tatatertib, perjawatan dan saraan bahagian
- Melaksanakan Pengurusan Data/ Sistem HRMIS bahagian
- Melaksanakan Pengurusan Kursus dan Latihan bahagian
- Melaksanakan urusan Sistem Kehadiran bahagian
- Perhubungan Awam dan Kualiti:
- Menguruskan aduan pelanggan dalam sistem aduan
- Urus setia program inovasi dan kualiti
- Menerbitkan Buku Laporan Tahunan Bahagian Akaun
Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat
Bahagian AkaunKementerian Pendidikan Tinggi
Aras 11, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6819
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 22394