Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Latar Belakang

Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) telah ditubuhkan bertujuan untuk menjadi peneraju, penyelaras serta pelaksana utama Kementerian Pengajian Tinggi dalam inisiatif-inisiatif pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia. Menerusi jalinan hubungan dua hala (bilateral) serta penglibatan dalam platform pelbagai hala (multilateral), BHA bertanggungjawab untuk meningkatkan imej global Malaysia sebagai salah satu peneraju unggul utama dalam bidang pendidikan tinggi. Antara usaha lain yang diterajui oleh BHA termasuklah memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada penglibatan dan keahlian dalam pertubuhan dan organisasi antarabangsa.

Visi & Misi

Visi

Menerajui kepimpinan dalam arena pendidikan tinggi antarabangsa selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Pengajian Tinggi.

Misi

Memartabatkan penglibatan Malaysia dalam arena pendidikan tinggi antarabangsa demi untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi di rantau ini.

Objektif

Merancang, mengurus dan menyelaras penglibatan Malaysia di dalam arena pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa melalui hubungan dua hala ataupun pelbagai hala. Di dalam konteks ini, Bahagian Hubungan Antarabangsa berusaha memastikan:

  • Keberkesanan penglibatan Malaysia dalam program-program dan aktiviti pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau;
  • Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi khususnya dengan negara-negara yang telah menandatangani perjanjian kerjasama;
  • Peningkatan imej dan kepimpinan negara melalui penyertaan dan sumbangan yang berkesan kepada pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara yang berkaitan; dan
  • Keberkesanan usaha-usaha Kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi di rantau Asia Pasifik.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan dengan penuh mesra bagi:

  • Menyebarkan maklumat mengenai program dan aktiviti anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau serta negara-negara luar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah diterima;
  • Memproses dan menyelaras semua permohonan berkaitan program/aktiviti antarabangsa dalam tempoh 15 hari bekerja setelah diterima;
  • Memastikan semua urusan persediaan lawatan Kementerian Pengajian Tinggi ke luar negara di peringkat Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia disempurnakan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh lawatan;
  • Menyediakan Nota Ikhtisar untuk sebarang lawatan rasmi delegasi Malaysia ke luar negara dan delegasi luar negara ke Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari sebelum tarikh lawatan;
  • Mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dalam tempoh satu (1) bulan setelah draf akhir dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan mendapat kelulusan dari Jabatan Peguam Negara (AGC); dan
  • Mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) dalam tempoh satu (1) bulan setelah draf agenda dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Struktur Organisasi

Carta Organisasi

Fungsi

Unit Antarabangsa I, II, III & IV

  1. Mengadakan hubungan kerjasama antara Malaysia dan Negara Luar/ Malaysia dan pertubuhan antarabangsa dalam bidang pengajian tinggi melalui Memorandum Persefahaman/ Perjanjian.
  2. Menyelaras lawatan kerja Anggota Pentadbiran Anggota Pengurusan (APAP) ke luar negara.
  3. Menyelaras Mesyuarat Joint Working Group.
  4. Menyelaras lawatan delegasi luar negara ke Kementerian Pengajian Tinggi.
  5. Menyediakan nota ikhtisar, nota perbincangan dan nota percakapan Anggota Pentadbiran dan Anggota Pengurusan (APAP).
  6. Menyelia dan mengurus penganjuran persidangan antarabangsa.
  7. Mengurus dan menyelaras program serta aktiviti JKT Pengajian Tinggi di bawah Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).
  8. Memperkasakan Pelan Strategik Pengantarabangsaan selaras dengan PPPM (PT) 2015 - 2025 iaitu Lonjakan ke 8: Keunggulan Global.
  9. Menganalisa dan merancang kerjasama strategik sedia ada/ masa hadapan.
  10. Menyediakan Input/ nota intervensi berkaitan pendirian negara bagi menjaga kepentingan negara dalam pendidikan tinggi.
  11. Merancang, mengurus dan melaksana program-program ke arah meningkatkan hubungan kerjasama multilateral dan bilateral dalam bidang pendidikan tinggi di antara Malaysia dengan negara-negara luar serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
  12. Merancang dan memastikan penyertaan berkesan negara di dalam bidang pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.

Unit Pentadbiran

  1. Mengendalikan urusan pentadbiran dan kewangan Bahagian.
  2. Mengendalikan urusan sumber manusia Bahagian.
  3. Menyelaras urusan logistic.
  4. Mengendalikan urusan protokol yang melibatkan program dan aktiviti antarabangsa.
  5. Mengemaskini maklum balas atau input dari semua jabatan/ agensi/ IPT yang melibatkan JWG, Memorandum dan perkara yang berkaitan.
  6. Membantu tugas-tugas secretariat dan kunjungan hormat.
  7. Mengurus stor jabatan/ daftar harta modal dan inventori.

Maklumat No. Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 14, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6817
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2432
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 24 September 2021, 15:37:15.