Bahagian Biasiswa
Latar Belakang
Bahagian Biasiswa telah diwujudkan selaras dengan pewujudan semula Kementerian Pendidikan Tinggi pada 9 Mac 2020.
Program penajaan yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa difokuskan kepada pegawai dalam perkhidmatan iaitu tenaga pengajar di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti.
Bagi tujuan meluaskan akses pendidikan kepada golongan sasaran, penajaan diberikan di peringkat persediaan, sijil, diploma, ijazah pertama hingga ke peringkat pasca siswazah.
Program-program penajaan yang diuruskan di Bahagian Biasiswa adalah seperti berikut:
- Dalam Perkhidmatan
- Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)
- Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
- Sub Kepakaran
- Pasca Kedoktoran
- Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Staf Bukan Akademik IPTA
- Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Skim Pendidikan Pendidikan Tinggi (PPPT):
- Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)
- Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
- Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
- Pra Perkhidmatan
- MyBrainSc
- MyBrain15
- YBM Atlet Cemerlang IPT
- YBM Tokoh Siswa
- YBM Pelajar Cemerlang Politeknik
- Antarabangsa
- Malaysia International Scholarship (MIS)
- Islamic Development Bank (IsDB)
- Commonwealth Scholarship And Fellowship Plan (CSFP)
- Bantuan Kewangan
- Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
- Bantuan Kewangan Asasi IPTA
- Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU)
- Program Pendidikan Khas (PPK)
Visi & Misi
Visi
Menjadi sebuah organisasi yang dinamik dalam melaksanakan program penajaan ke arah pendidikan tinggi yang berkualiti.
Misi
Menyediakan peluang melanjutkan pendidikan kepada tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan golongan sasaran untuk memenuhi keperluan strategik pendidikan tinggi negara melalui fungsi-fungsi berikut:
- Penggubalan dasar penajaan;
- Pelaksanaan program penajaan; dan
- Penguatkuasaan syarat penajaan.
Objektif
- Memastikan pelaksanaan program penajaan memenuhi keperluan tenaga pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan golongan sasaran.
- Memastikan pengurusan kewangan penajaan dilaksanakan dengan cekap dan telus.
- Memastikan penguatkuasaan perjanjian dan kutipan bayaran balik ganti rugi/pinjaman pelajaran ke atas pemegang kontrak yang memungkiri perjanjian diuruskan dengan efisien.
Piagam Pelanggan
Kami Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan seperti berikut :
- Mengeluarkan surat tawaran bersyarat / penuh kepada pelajar yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja selepas kelulusan penajaan dikeluarkan.
- Menyediakan baucer bayaran bagi tuntutan/ yuran dalam tempoh 14 hari kerja selepas menerima arahan bayaran/invois dan maklumat lengkap.
Struktur Organisasi
Fungsi
- Mengkaji dan merangka dasar penajaan dan penguatkuasaan perjanjian.
- Merancang dan mengurus penajaan kepada tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan golongan sasaran.
- Menguruskan permohonan cuti belajar bagi Pegawai Pendidikan Pendidikan Tinggi (PPPT).
- Menguatkuasakan perjanjian dan menguruskan kutipan bayaran balik ganti rugi/pinjaman pelajaran ke atas pemegang kontrak yang memungkiri perjanjian.
Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat
Bahagian BiasiswaKementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 0-38870 6839
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 23556