Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Bahagian Kewangan

Latar Belakang

Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diwujudkan pada 27 Mac 2004 selaras dengan penubuhan KPT yang dikenali sebagai Bahagian Kewangan dan Pentadbiran.

Peranan utama Bahagian Kewangan KPM dan KPT adalah selari dalam merancang, memantau, mengawal dan memperakaunkan perbelanjaan mengurus bagi Jabatan/ Bahagian/ Agensi di bawah Kementerian dengan mewujudkan satu sistem pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.

Kuasa untuk menjalankan tugas-tugas ini termaktub di bawah Peruntukan Kewangan dalam Perlembagaan Malaysia, Akta Acara Kewangan 1957 dan Peraturan-peraturan tertentu di bawah Akta Pendidikan.

Bahagian Kewangan dan Akaun, Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan semula berikutan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Mac 2020 menerusi satu sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri bersesuaian dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi dengan menggabungkan fungsi Bahagian Akaun dan  Bahagian Perolehan di bawah satu Pentadbiran iaitu Bahagian Kewangan dan Akaun.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasan Kerja Pembangunan Organisasi (JKKPO) Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh 21 Januari 2021, Bahagian Akaun telah diluluskan pewujudannya di Kementerian Pengajian Tinggi  melalui Waran Perjawatan Bil. S33 Tahun 2021 berkuat kuasa 1 Februari 2021.

Bahagian Kewangan dan Akaun kini dikenali sebagai Bahagian Kewangan berkuat kuasa 1 Februari 2021 dengan menjalankan fungsi Bahagian Kewangan dan Perolehan.

Visi & Misi

Visi

Peneraju kecemerlangan pengurusan Kewangan dan Perolehan Kementerian Pengajian Tinggi.

Misi

Memantapkan pengurusan kewangan dan perolehan bagi memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif

Memastikan Pengurusan Kewangan dan Perolehan yang efisien dan teratur serta patuh kepada Tatacara Kewangan, Peraturan dan Pekeliling Semasa.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti berorientasi pelanggan seperti berikut :

  1. Mengagihkan Waran Pertama Peruntukan Belanja Mengurus kepada semua Bahagian/ Jabatan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh Waran Am diterima.
  2. Mempertimbangkan permohonan Pindah Peruntukan (viremen) dan Tambahan Peruntukan di peringkat Pegawai Pengawal diproses dan diputuskan secara bertulis dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Semua pembayaran diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Permohonan kelulusan ke Luar Negara diluluskan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Mengeluarkan Pesanan Kerajaan melalui sistem ePerolehan/iGFMAS dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Memperaku permohonan kelulusan perolehan secara pakej dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dokumen lengkap diterima.
  7. Memproses dan meluluskan Pembiayaan/Pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  8. Memberi maklum balas terhadap Aduan Pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh aduan ditugaskan ke Bahagian Kewangan.
  9. Menyediakan maklum balas terhadap Teguran Audit dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh teguran diterima.
  10. Penyaluran Geran Mengurus dan Hospital Pengajar dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan diperolehi daripada Pegawai Pengawai/ Kementerian Kewangan.
  11. Penyaluran semua jenis bantuan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  12. Menguruskan Pelaksanaan Perolehan Secara Tender Bekalan / Perkhidmatan dalam tempoh 180 hari (dari tarikh dokumen lengkap sehingga pembentangan Kertas Taklimat di dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan)
  13. Menguruskan Pelaksanaan Perolehan Secara Sebutharga Bekalan / Perkhidmatan dalam tempoh 90 hari (dari tarikh dokumen lengkap sehingga pembentangan Kertas Taklimat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga.
  14. Menyediakan dokumen kontrak dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
  15. Menyelaras Kelulusan Pelantikan Jawatan Kuasa Rundingan Harga dalam tempoh empat belas (14) hari dari dokumen lengkap diterima.
  16. Menyelaras dan Mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian Pengajian Tinggi dari Permohonan Pengemukaan Kertas Taklimat ke dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan dalam tempoh 30 hari dari dokumen lengkap diterima.

Struktur Organisasi

Bahagian Kewangan dan Akaun

Fungsi

  • Merancang keperluan Perbelanjaan Mengurus KPT
  • Mengurus dan menyalurkan peruntukan kepada program dan aktiviti
  • Mengawal dan menilai Prestasi Perbelanjaan KPT
  • Pengurusan Perakaunan Bayaran, Terimaan, Amanah, Aset dan Pelaporan Penyata Kewangan Kementerian
  • Menyelaras Geran Mengurus Universiti Awam/ Hospital Pengajar dan Badan Berkanun Persekutuan
  • Tadbir Urus dan Pemantauan Pengurusan Kewangan Bahagian dan Pakej/ Kemudahan/ Pembiaayaan KPT
  • Memastikan Tadbir Urus berkesan terhadap Akaun Belum Terima (ABT) KPT
  • Menguruskan Perolehan Kementerian yang terdiri daripada Sebutharga, Tender dan Rundingan Terus.
  • Khidmat nasihat Pengurusan Kewangan dan Perolehan.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Kewangan
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 11 & 12,
No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6816
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 787
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 21 Jun 2021, 13:53:44.