Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Unit Integriti

Latar Belakang

Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Kementerian Pengajian Tinggi yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.

Visi & Misi

Visi

Menjadi pemacu keutuhan integriti di Kementerian Pengajian Tinggi dan perkhidmatan awam amnya.

Misi

Menerapkan pembudayaan integriti kepada warga Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif

Untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah Unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan sekurang-kurangnya satu (1) program Pengukuhan Integriti diadakan kepada warga KPT dalam masa setahun.
  • Menerima aduan pelanggaran integriti dan mengambil tindakan terhadap aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Mengambil tindakan ke atas Perakuan tatatertib dalam tempoh satu (1) bulan.

Struktur Organisasi

Unit Integriti

Fungsi

Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika.

Pengesanan Dan Pengesahan

Mengesan dan mengesahkan aduan berkaitan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.

Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.

Tatatertib

Menjalankan fungsi urus setia Mesyuarat  Lembaga Tatatertib di bawah Pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (P.U. (A) 395/1993).

Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Unit Integriti
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 1, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6254
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2081
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Jumaat 24 September 2021, 15:37:15.