Pembukaan permohonan projek di bawah inisiatif PPRN 2.0 bagi Fasa 1 tahun 2022
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan Public-Private Research Network (PPRN), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar akan membuka permohonan projek di bawah inisiatif PPRN 2.0 bagi Fasa 1 tahun 2022 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh buka |
: |
14 Januari 2022 |
Tarikh tutup |
: |
25 Februari 2022 |
Kaedah permohonan |
: |
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut : https://epprn.mohe.gov.my (akses ke laman web ini akan diaktifkan bermula pada 1 Februari 2022). |
Lampiran |
: |
Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Garis Panduan Bil.1 Tahun 2021) |
Untuk makluman, mulai tahun 2022, permohonan projek PPRN secara sepenuhnya akan dibuat secara dalam talian melalui sistem PPRN yang telah dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual yang digunakan sebelum ini.
Sehubungan itu, pihak Sekretariat PPRN ingin memohon kerjasama pihak Tuan untuk membuat hebahan berkenaan pembukaan permohonan projek PPRN 2.0 Fasa 1 tahun 2022 seperti butiran di atas di dalam laman web rasmi KPT. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Sekretariat PPRN di talian 03-8870 5110 atau 03-8870 6000 sambungan 5100 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Muat Turun :
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 6095