KPT Sedia Berkolaborasi Bersama Kerajaan Republik Kyrgyz Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

KPT Sedia Berkolaborasi Bersama Kerajaan Republik Kyrgyz Dalam Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, pada petang ini telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, TYT Edil Baisalov.

YB Menteri telah mengalu-alukan kunjungan delegasi daripada Republik Kyrgyz ke Malaysia dan menyatakan harapan beliau agar lawatan kerja rasmi mereka ke Malaysia ini membuahkan hasil serta memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara.

Dalam pertemuan ini, pihak Republik Kyrgyz memohon kerjasama KPT untuk membantu mereka dalam memberikan latihan kepada guru-guru di sana dalam usaha memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pertukaran maklumat dan tenaga mahir.

Pada masa yang sama, pihak Republik Kyrgyz turut menyatakan bahawa mereka berminat untuk menghantar lebih ramai pelajar untuk belajar di Malaysia kerana budaya, taraf universiti dan kualiti pendidikan di Malaysia, selain penggunaan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa perantara di Institusi Pendidikan Tinggi di negara ini.

Di samping itu, TYT Edil Baisalov turut memberikan cadangan dan menjemput Universiti Malaya untuk membuka cawangan kampus persisir (off-shore campus) di Republik Kyrgyz.

Turut serta dalam sesi ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 3506
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 02 May 2024, 17:12:18.