Pasukan sukarelawan KPT ke Kampung Tanjung Kerayong dan Kampung Batu Kapur

English translation not available for this content.

31 Disember 2021

Pasukan sukarelawan KPT di Temerloh, Pahang terus menaburkan khidmat di Kampung Tanjung Kerayong dan Kampung Batu Kapur hari ini.

Seramai 220 orang sukarelawan daripada JPT, UMK, UniSZA, UMP dan Kolej Komuniti Temerloh telah membantu membersihkan 13 buah rumah dan sebuah surau.

Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, yang mengetuai misi hari ini telah turut mengagihkan pek keperluan asas sumbangan MQA dan PTPTN kepada semua mangsa yang terlibat.

Bersama beliau di Temerloh ialah Dato' Mohd Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat JPT, Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Pengarah Bahagian Governan Awam JPT, dan Encik Mohd Yusof Yaziz, Pengarah Kolej Komuniti Temerloh.

  • Last updated on .
  • Hits: 5288
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.