Kenyataan Media - Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff Dilantik Semula Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sehingga 30 Jun 2026

English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

DATO’ PROF. DR. MD AMIN MD TAFF DILANTIK SEMULA NAIB CANSELOR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SEHINGGA 30 JUN 2026


Kementerian Pendidikan Tinggi ingin memaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2026.

Beliau pertama kali dilantik menjadi Naib Canselor UPSI pada 24 Jun 2021 bagi tempoh tiga (3) tahun.

Pelantikan semula ini bagi membolehkan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff meneruskan perancangan beliau dalam memperkasa UPSI sebagai universiti awam tunggal yang bertujahkan bidang pendidikan.

Kementerian juga yakin dengan pelantikan semula ini, beliau akan dapat terus memastikan kecemerlangan UPSI dalam bidang akademik dan penyelidikan serta seterusnya membantu melahirkan graduan guru yang berkualiti untuk keperluan sektor pendidikan negara.

Sesi penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di pejabatnya petang tadi.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
28 Jun 2024

Muat Turun:

  pdf  Kenyataan Media - Dato’ Prof. Dr. Md Amin Md Taff Dilantik Semula Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sehingga 30 Jun 2026 (101 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 4386
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 23 October 2024, 05:04:28.

sirim-logo