English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU (ATABM) DAN DUA KATEGORI ANUGERAH BAHASA MELAYU TAHUN 2023


Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan bagi Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) dan dua (2) anugerah lain iaitu Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu (ATHABM) dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal (ATBMST) kini dibuka secara rasmi bermula hari ini, 31 Mac sehingga 2 Jun 2023.

ATABM diperkenalkan bagi mengiktiraf ahli-ahli akademik Universiti Awam (UA) yang mengangkat Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, bukan sahaja dalam bidang Sains Sosial malah Sains dan Teknologi dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat.

ATHABM terbuka kepada ahli akademik universiti awam yang berumur 44 tahun ke bawah manakala ATBMST pula diadakan bagi mengiktiraf ahli akademik di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menobatkan 9 orang tokoh akademik sejak anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012. Melalui penganugerahan ini, KPT akan terus komited dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan seterusnya menjadikan Bahasa Melayu kekal sebagai wahana pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, boleh melayari laman sesawang rasmi ATABM 2023 di https://atabm.mohe.gov.my. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan ATABM 2023 boleh dikemukakan kepada urus setia melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Kementerian Pendidikan Tinggi
1 APRIL 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) Dan Dua Kategori Anugerah Bahasa Melayu Tahun 2023.pdf (55 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 6992
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.