English translation not available for this content.
logo kpt black

SIARAN MEDIA

PROGRAM JOM MASUK U 2024 (JMU2024)

Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024) memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula hari ini hingga 9 Jun 2024 dengan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar hari ini.

JMU2024 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan maklumat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menggalakkan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu, penganjuran JMU2024 ini juga bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). JMU2024 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.

Sepanjang program JMU2024, calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf turut boleh memohon dan mengemaskini permohonan UPUOnline® yang telah dibuka pada permohonan Fasa 2 mulai 29 April 2024 hingga 09 Jun 2024, jam 5.00 petang.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sepanjang JMU2024 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline®, konsultasi penajaan/ biasiswa/ pinjaman dan bantuan kewangan pendidikan tinggi, terjah booth IPTA, cabutan bertuah, campus tour, persembahan pelajar, aktiviti bersama alumni dan banyak lagi.

KPT menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JMU2024 dan mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon UPUOnline® Sesi Akademik 2024/2025.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA TikTok: BKPAUPU

LAMPIRAN

SENARAI SEPULUH (10) ZON PROGRAM JOM MASUK U 2024 (JMU2024) 4 MEI 2024 HINGGA 9 JUN 2024

 

Kementerian Pendidikan Tinggi
4 MEI 2024

pdf 04052024-SIARAN-MEDIA-PROGRAM-JMU2024.pdf (126 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 3447
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.