MoHE - Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

Services

Information related to core services provided by the Ministry of Higher Education (MOHE) and its agencies to students, institutions and ministry staff

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

English translation not available for this content.

Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) merupakan sebuah program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT di dalam bidang penyelidikan nic. Melalui program ini, JPT memberi penarafan HICoE kepada pusat kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) yang berprestasi tinggi dalam bidang penyelidikan nic.

HICoE yang telah diiktiraf telah menghasilkan impak kepada penghasilan bakat baru penyelidikan, penerbitan jurnal berimpak tinggi serta penghasilan inovasi yang dapat memberi bermanfaat kepada akademia, industri, kerajaan, komuniti dan persekitaran. Pemantauan prestasi secara berkala akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan selari dengan objektif program HICoE serta sebagai asas bagi penyaluran dana penyelidikan HICoE yang seterusnya.

Senarai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

BATCH 1
2010
BATCH 2
2012
BATCH 3
2015
BATCH 4
2016
BATCH 5
2017
BATCH 6
2019

 UMPEDAC, UM
Renewable Energy

UMBI, UKM
Cancer Biomarkers

IBS, UPM
Animal Vaccines and Therapeutic

INFORMM, USM
Diagnostics Platform

CDR, USM
Behavioral Research in Addiction

ARI, UiTM
Islamic Financial Criminology

INOS, UMT
Sustainability of MArine

PRC, UM
Optical devices for Communication

IOES, UM
Interaction of Air-Ocean-Land

REDAC, USM
Sustainable Urban Stormwater Management

IMEN, UKM
MEM's for Biomedical - Focus Study : Artificial Kidney

WCC, UTM
Antenna and Propagation for 5G Wireless Communications

CISIR, UTP
Neuro Chemical Imaging Under Biomedical Image Analysis

AMTEC, UTM
Water Reclamation

IKG, UTM
Vibration Engineering and Integrity Assessment

 INTROP, UPM
Tropical Wood and Fibre

ITAFoS, UPM
Tropical Agrifood

IBD, UTM
Biodiversity Utilization for Human Wellness - Plant and Microbial Based Bioproduct

TIDREC, UM
Vector & Vector-borne Infectious Disease

CBBR, UTP
Biomass Thermochemical Conversion Technologies

HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi

Definisi: Sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan dan rundingan kepada industri dan masyarakat. Lebih 70% aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat ini bertumpu kepada penyelidikan dan inovasi manakala kurang 30% meliputi aspek perkhidmatan dan rundingan.

Syarat Asas:

  1. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT
  2. Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
  3. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan sekurang-kurangnya lime (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut
  4. Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri
  5. Pusat Kecemerlangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang staf akademik sepenuh masa berjawatan tetap
  6. Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang tujahan

Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi

SeksyenKriteriaMarkah Penuh
A General Information  -
B Kuantiti & Kualiti Penyelidikan  15
C Kuantiti & Kualiti Penyelidik  35
D Kuantiti & Kualiti Pascasiswazah  10
E Inovasi  15
F Perkhidmatan Profesional & Hadiah  10
G Rangkaian & Hubungan  12
H Sumber 3
TOTAL 100

Pemarkahan minimum:

  1. Memperoleh 80 markah daripada markah keseluruhan; DAN
  2. Memperoleh 48 markah daripada jumlah markah Seksyen B, C dan D

HICoE Teras Perkhidmatan

Definisi: Sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri. Lebih daripada 70% aktivitinya hendaklah meliputi aspek perkhidmatan dan perundingan, manakala kurang daripada 30% meliputi aspek penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran.

Syarat Asas:

  1. Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT
  2. Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
  3. Pusat Kecemerlangan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut
  4. Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri
  5. Pusat Kecemerlangan hendaklah mampu menampung kos operasi apabila diiktiraf dan mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos operasi dan 50% emolumen selepas tiga tahun (3) diiktiraf sebagai HICoE
  6. Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang tujahan

Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan

SeksyenKriteriaMarkah Penuh
A General Information  -
B Perkhidmatan  40
C Pemegang Taruh & Hubungan  10
D Penyelidikan  30
E Pengiktirafan dan Impak  10
F Sumber  10
TOTAL 100

Pemarkahan minimum:

  1. Memperoleh 80 markah daripada markah keseluruhan; DAN
  2. Memperoleh 56 markah daripada jumlah markah Seksyen B dan D
  • Last updated on .
  • Hits: 3348
MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Friday 15 October 2021, 15:44:30.