Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 (digantikan oleh Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Tahun 2022, Ceraian SP.1.2.1) dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Kementerian Pendidikan Tinggi yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.


Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam yang diterbitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019 menggariskan enam (6) fungsi Unit Integriti Agensi Awam seperti berikut:


PENGURUSAN ADUAN

Unit Integriti menerima dan menguruskan aduan integriti yang merujuk kepada salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi merangkumi:

  1. Salah laku iaitu apa-apa perbuatan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan lain yang berkuatkuasa; dan/atau
  2. Salah laku dalam organisasi yang melanggar ketetapan prosedur kerja, peraturan-peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa. 

Aduan integriti yang diterima oleh UI KPT hendaklah:

  1. Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja; 
  2. Tidak melibatkan mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan KPT; dan
  3. Tidak menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas.

KAMI MENGHARGAI ADUAN ANDA :

HUBUNGI KAMI

Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 1, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya 

Tel: 03 8870 6770
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Tuesday 07 February 2023, 09:00:23.