logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT ARAH UM SERAHKAN SEGERA LAPORAN INSIDEN DAN BERSIKAP LEBIH TEGAS DALAM ISU MENYENTUH SENSITIVITI

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera. Saya turut meminta Universiti Malaya (UM) untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut.

Pada masa sama, suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan. Setiap keputusan yang diambil perlu mengambilkira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.

Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia.

DR. ZAMBRY ABD KADIR

24 APRIL 2024

Muat Turun:

  pdf KPT Arah UM Serahkan Segera Laporan Insiden Dan Bersikap Lebih Tegas Dalam Isu Menyentuh Sensitiviti (371 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 983
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.