logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

NAHAS HELIKOPTER TLDM: KPT SALUR BANTUAN PENDIDIKAN DAN KEWANGAN KEPADA WARIS


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas tragedi dua buah helikopter terhempas di Lumut, Perak pada Isnin.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, KPT bersama agensi di bawahnya iaitu Yayasan Perkasa Siswa (YPS), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Education Malaysia Global Services (EMGS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Holdings akan menyalurkan beberapa insentif bagi membantu meringankan beban keluarga wira-wirawati yang terlibat. Antaranya ialah:

1. Menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) berjumlah RM1,000 setiap seorang (keseluruhan 21 orang anak mangsa korban yang masih bersekolah telah dikenalpasti);

2. Membiayai sepenuhnya yuran pengajian sehingga tamat belajar (Program SULUNG 2.0) untuk Nurul Shahfiqah binti Mohd Shahrizan (Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Keusahawanan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK);

3. Menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada waris setiap 10 keluarga terlibat.

KPT turut bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada waris mangsa terutama dalam aspek pendidikan tinggi negara.

Semoga seluruh ahli keluarga tabah serta sabar menghadapi dugaan dan ujian ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi
25 APRIL 2024

Muat Turun:

   pdf Nahas Helikopter TLDM: KPT Salur Bantuan Pendidikan Dan Kewangan Kepada Waris (40 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1509
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 07 Mei 2024, 10:48:24.