15 Ahli Akademik Dilantik Penasihat Pakar Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi Parlimen

15 Ahli Akademik Dilantik Penasihat Pakar Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi Parlimen

Seramai 15 orang ahli akademik negara dari bidang ekonomi telah diberi penghormatan apabila telah dilantik sebagai penasihat pakar kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia pagi tadi.

Upacara serahan yang telah diadakan di Parlimen itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Tan Sri Dato' (Dr.) Johari Abdul dan yang diiringi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin serta Pengerusi Jawatankuasa tersebut iaitu Ahli Parlimen Paya Besar, YB. Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah.

Menteri Pendidikan Tinggi menyifatkan pelantikan para pakar penasihat ini merupakan satu penghormatan kepada sektor pendidikan tinggi negara di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Inisiatif yang julung kali dilaksanakan oleh Parlimen Malaysia ini bertepatan dengan langkah pembaharuan institusi itu, dan KPT bersedia untuk menyokong usaha tersebut dengan menawarkan kepakaran para akademik di bidang yang lain pula jika diperlukan, jelas YB Dato' Seri Mohamed Khaled.

Menurutnya lagi, Jawatankuasa ini akan menjadi ruang dan peluang kepada para penasihat pakar yang terdiri daripada sembilan (9) orang daripada IPT awam dan 6 orang daripada IPT swasta memberikan pandangan pandangan profesional serta input berilmiah sebagai pemangkin hala tuju dan kemajuan negara.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman.

Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1077
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.