Sesi Flag Off Kontinjen KPT ke Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP Tahun 2023

Sesi Flag Off Kontinjen KPT ke Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP Tahun 2023

Kontinjen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyertai Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) Tahun 2023 pada 1 hingga 3 Disember di Kangar, Perlis.

Seramai 33 orang Kontinjen KPT yang terdiri daripada Ketua Kontinjen, Timbalan Ketua Kontinjen, Pengurus Pasukan dan para pemain yang akan menyertai dua acara sukan yang dipertandingkan iaitu:

⚽️ Bola Sepak Sembilan (9) sebelah; dan

🏀 Bola Jaring lima (5) sebelah

Sesi flag off bersama kontinjen KPT telah diadakan pada pagi ini bagi membakar semangat para pemain agar dapat memberikan prestasi yang cemerlang dan dapat meraih pingat bagi acara yang disertai.

Sesi flag off tersebut juga telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT.

Turut hadir dalam sesi flag off ini ialah Encik Mohd Haziman, Timbalan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan (Kelab KPT) bersama Bendahari dan Setiausaha Kehormat, Kelab KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 720
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.