Datuk Dr. Mohd Zabri Serah Tugas TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT Kepada Tuan Mohamad Azhan Di Majlis Apresiasi Budi, Titipan Jaya

Datuk Dr. Mohd Zabri Serah Tugas TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT Kepada Tuan Mohamad Azhan Di Majlis Apresiasi Budi, Titipan Jaya

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang baharu, YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md. Amir telah menerima nota serah tugas daripada mantannya iaitu YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff dalam Majlis Apresiasi Budi, Titipan Jaya malam tadi.

Dihadiri oleh para pengurusan serta kakitangan kementerian, majlis tersebut dianjurkan bagi menukilkan rasa penghargaan serta ucapan selamat maju jaya kepada YBhg. Datuk Dr. Zabri yang kini merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Tetamu kehormat, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian yang sedang menjalankan fungsi sebagai Ketua Setiausaha KPT turut hadir bagi menyaksikan sesi serahan tersebut. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 866
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 29 April 2024, 18:21:44.