Sesi Lambaian Budi Mantan YB Menteri & Timbalan Menteri KPT

Sesi Lambaian Budi Mantan YB Menteri & Timbalan Menteri KPT

Petang tadi telah berlangsungnya sesi ‘clock-out’ oleh mantan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal yang bertukar ke kementerian lain sempena pengumuman rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.

Lobi KPT dipenuhi dengan kehadiran warga KPT termasuk para pengurusan tertinggi yang mengiringi. Tidak ketinggalan, warga KPT yang hadir turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan bergambar bersama kedua-dua mantan YBM dan YBTM sebagai kenang-kenangan.

Terdahulu, satu perjumpaan khas mantan YBM dan YBTM bersama pengurusan tertinggi KPT telah diadakan. Perjumpaan ini bertujuan bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi KPT atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di KPT.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman.

Sekali lagi, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada kementerian. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 693
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 29 April 2024, 18:21:44.