Dinamik Baharu KPT Dan Persatuan Mahasiswa

Dinamik Baharu KPT Dan Persatuan Mahasiswa

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah bertemu para pimpinan gerakan mahasiswa di pejabatnya pagi tadi.

Pertemuan telah dilakukan dengan delegasi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang diketuai Pengerusinya iaitu saudara Syamil Lutfhi, delegasi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai Presidennya iaitu saudara Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, dan delegasi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diketuai oleh Presidennya iaitu saudara Ahmad Farhan Rosli.

Pertemuan tersebut telah membincangkan pelbagai isu yang melingkari kehidupan mahasiswa seperti isu rumah sewa dan rumah siswa, kebajikan dan hak pelatih industri, kebolehpasaran graduan, dasar inklusiviti KPT terhadap golongan OKU, serta tuntutan dan cadangan terhadap AUKU.

YB Menteri juga menyarankan agar kesatuan mahasiswa ini dapat bersama KPT dalam membangunkan program yang mampu menarik minat generasi muda terhadap bidang STEM dan inovasi sekaligus menjayakan azam untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat global.

Malah, beliau turut mencadangkan sebuah program pembangunan yang mampu melahirkan para pemimpin belia yang boleh dirintis menggunakan kepakaran, pengalaman, tenaga kerja dan jaringan luas yang dimiliki kesemua persatuan ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2347
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.