YB Menteri Gulung Perbahasan RUU Perbekalan 2023

YB Menteri Gulung Perbahasan RUU Perbekalan 2023

YB. Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hadir ke Dewan Rakyat hari ini untuk menyampaikan ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.

Pada sidang petang tadi juga, seramai 15 orang ahli Dewan Rakyat telah membahaskan isu serta mengusulkan cadangan masing-masing seputar sektor pendidikan tinggi negara.

Antaranya ialah berkaitan kebolehpasaran graduan; halatuju program TVET negara; inisiatif pemudahcara prosedur visa pelajar asing; serta tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas IPT swasta yang melanggar akta MQA.

Turut didebatkan berkenaan peruntukan program biasiswa di bawah KPT; penurunan bajet IPTA; serta kebajikan kakitangan kontrak UA dan doktor pelatih di HPU

Dalam penggulungannya, YB Menteri turut mengulangi pendirian KPT berkenaan kerelatifan AUKU terhadap aktiviti mahasiswa serta memaklumkan bahawa sebuah sesi dialog awam (town hall) berkenaannya akan diadakan pada 6 April depan bersama semua pemegang taruh yang berkepentingan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3046
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 21 Jun 2024, 11:11:29.