Jom Masuk U 2023 Zon Selatan dan Sarawak Labuhkan Tirai

Jom Masuk U 2023 Zon Selatan dan Sarawak Labuhkan Tirai

Usai sudah minggu pertama siri jelajah Jom Masuk U 2023 (JMU 2023) setelah dua (2) hari bertandang di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru bagi Zon Selatan dan di Times Square Megamall, Bintulu bagi Zon Sarawak.

Di Johor Bahru pagi tadi, JMU 2023 telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua calon pelajar dapat memanfaatkan pengisian JMU 2023 dalam membuat pilihan bijak ke menara gading sesuai dengan ambisi kerjaya masing-masing.

Lebih 13,000 ribu pengunjung telah membanjiri Zon Selatan yang telah dihoskan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala JMU yang julung kalinya dianjurkan di Bintulu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pula telah menerima hampir 5,000 orang pengunjung.

Rata-rata mereka yang hadir iaitu para pelajar, lepasan SPM/STPM, ibu bapa dan pendidik gembira dan amat berpuas hati dengan penganjuran program sua temu seperti ini.

Selepas ini, para pempamer yang terdiri daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta bakal menuju ke empat (4) lokasi lain iaitu Kedah, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Terima kasih Bangsa Johor dan Urang Sarawak!!!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2020
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.