KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Berkenan Berangkat Menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Berkenan Berangkat Menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97

Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menyempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, bermula hari ini.

Turut berangkat ke majlis pagi tadi, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin bersama barisan Lembaga Pengarah UiTM.

Konvensyen ke-97 akan berlangsung dari 5 Ogos hingga 26 Ogos 2023 dengan 35,069 graduan akan menerima sijil penganugerahan dalam bidang masing-masing.

Pada istiadat kali ini juga menyaksikan KDYMM SPBYDA Canselor berkenan untuk mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor baharu UiTM iaitu YBhg. Dato’ Profesor Emeritus Dr. Hassan Said dan YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab Aziz.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1756
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.