Kerjasama Strategik Malaysia – Iran Pacu Pembangunan Pendidikan Sains Dan Teknologi Negara

Kerjasama Strategik Malaysia – Iran Pacu Pembangunan Pendidikan Sains Dan Teknologi Negara

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh TYT Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia dan delegasi daripada The Islamic Consultative Assembly of The Islamic Republic of Iran yang diketuai oleh TYT Dr. Mohammad Mehdi Zahedi yang juga merupakan Head of The Iran-Malaysia Parliamentary Friendship Group.

Dalam pertemuan ini, YB Menteri menyatakan komitmen Malaysia untuk terus komited meningkatkan hubungan dua hala pendidikan tinggi dengan Republik Islam Iran melalui program kerjasama pendidikan tinggi sedia ada dan baharu terutamanya dalam bidang sains, matematik dan senibina selain menyambut baik hasrat Kerajaan Republik Iran untuk memperluaskan peluang pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar, pensyarah dan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Antara lain intipati pertemuan ini ialah Malaysia bersetuju dengan usul Republik Islam Iran agar satu Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pendidikan tinggi antara Malaysia dan Republik Islam Iran dimeterai bagi memperkasakan pendidikan sains dan teknologi ke arah yang lebih berstrategik dan bersasar.

Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT; YBhg. Dato' Haji Shushilil Azam Shuib, Pengarah Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); YBrs. Dr. Abdul Razak Ahmad, Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS); dan pegawai-pegawai kanan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1829
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.