KPT Hantar Atlet IPT Bersaing Di Liga-liga Sukan Kebangsaan

KPT Hantar Atlet IPT Bersaing Di Liga-liga Sukan Kebangsaan

Komitmen KPT dalam melahirkan "The Thinking Athlete" terus disemarakkan bagi tahun 2023 ini apabila kementerian mengumumkan untuk menghantar 4 pasukan yang terdiri daripada atlet IPT bagi kejohanan liga-liga sukan berprestij peringkat kebangsaan yang akan bermula tidak lama lagi.

Pasukan-pasukan tersebut adalah KPT-PST yang akan bertanding di Kejohanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023; pasukan KPT-UNITEN Thunder yang bakal berentap di Kejohanan TNB Liga Hoki WANITA Malaysia 2023; pasukan Malaysia University Football Team (MUFT) pula akan bersaing di Kejohanan Liga M3 2023; manakala pasukan KPT-MASUM Knights akan berentap di Liga Premier Sepak Takraw League (STL) 2023.

YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT telah menyempurnakan majlis pengenalan keempat-empat pasukan tersebut di hadapan warga KPT dan rakan media bertempat di Dewan Za'ba petang tadi.

Pada majlis yang sama, beliau turut meluncurkan enam (6) naskhah baharu terbitan Seksyen Sukan KPT iaitu buku Pengurusan Acara Sukan Dimensi Baharu; Kritikal & Progresif; Manual Pengurusan Media Program Sukan Utama Kementerian Pengajian Tinggi; Garis Panduan Pengurusan Acara Bagi Penganjuran Program Sukan Utama Kementerian Pengajian Tinggi; U-Olimpian Dari Menara Gading Ke Olimpik Tokyo; dan Sepantas Kilat (Projek B10 Projek Larian 100 meter Bawah 10 Saat).

Hadir sama YBrs. Pn. Norisma Mohd Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT dan YBhg. Dato’ Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3349
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 26 April 2024, 22:08:18.