KSU KPT Lawat Projek Pembangunan Universiti Malaysia Sabah

KSU KPT Lawat Projek Pembangunan Universiti Malaysia Sabah

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) YBhg. Dato Seri Abdul Razak Jaafar telah meluangkan masa membuat lawatan pemantauan projek pembangunan dalam fasa peringkat pelaksanaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi.

Antara projek yang dilawati di kampus induk berkenaan adalah projek membina tangki imbangan air berkapasiti 5 juta liter baharu, pembinaan bangunan pencawang masuk utama (11KV) baharu serta projek menaiktaraf sistem elektrik bervoltan tinggi.

Lawatan tersebut diadakan bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian Bilangan 7 Tahun 2023 KPT anjuran Bahagian Pembangunan KPT di UMS.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff dan Naib Canselor UMS, YBhg. Datuk Prof. Dr. Kasim Hj Md. Mansur.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2641
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.