Kunjungan Hormat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Kepada Menteri Pendidikan Tinggi

Kunjungan Hormat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Kepada Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini telah menerima kunjungan hormat dari YBrs. Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama pihak pengurusan dan pegawai-pegawai kanan dari MDEC.

Pertemuan tersebut bertujuan bagi membincangkan mengenai perancangan kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan MDEC dalam usaha memperkasa ekonomi digital dan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar, graduan dan juga komuniti di samping menghasilkan bakat digital berkualiti tinggi melalui pelaksanaan program berimpak tinggi melibatkan Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Menerusi sesi kunjungan hormat berkenaan, kerjasama KPT – MDEC ini diyakini akan memberi impak yang siginifikan kepada pembangunan ekonomi digital negara yang pastinya akan memberi limpahan manfaat khususnya kepada pelajar dan graduan di Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 780
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.