Majlis Perasmian Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) KPT 2023

Majlis Perasmian Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) KPT 2023

Majlis Perasmian Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) KPT 2023 disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini, pagi tadi.

Bertemakan 'Mendepani Arus Perubahan, Memacu Kecemerlangan Inklusif' HRMC 2023 merupakan inisiatif KPT melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), sebagai satu platform perkongsian ilmu berkaitan pengurusan sumber manusia dengan matlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurus sumber manusia di KPT, Jabatan dan Agensi di bawahnya.

HRMC 2023 diadakan selama 3 hari bermula 7 hingga 9 November 2023 dengan disertai oleh pengurus-pengurus sumber manusia yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan juga Agensi-agensi di bawah KPT.

Turut hadir dalam Majlis perasmian adalah Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT, YBrs. Encik Mansor Ibrahim selaku penganjur persidangan; Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT, YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood; Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Ts. Zainab Othman dan Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), YBrs. Encik Muhazam Mansor.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1024
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.