Menteri Dan Ketua Setiausaha KPT Menghadap KDYMM SPD YDPA Sultan Ibrahim

Menteri Dan Ketua Setiausaha KPT Menghadap KDYMM SPD YDPA Sultan Ibrahim

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara pada Rabu.

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda berkenaan perkembangan sektor pendidikan tinggi negara dan usaha pemerkasaannya.

Turut sama menghadap adalah Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin; dan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 351
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 02 Mei 2024, 17:12:18.