Mesyuarat Ketua Pegawai Digital KPT

Mesyuarat Ketua Pegawai Digital KPT

Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ketua Pegawai Digital (CDO) Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 2 Tahun 2023, bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), merangkap Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer - CIO) KPT serta dihadiri oleh semua CDO Universiti Awam (UA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), wakil-wakil daripada Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA) dan UA.

Platform ini bertindak sebagai medium penyelarasan, perkongsian dan perbincangan strategik dalam kalangan CDO berkenaan aktiviti pendigitalan peringkat Kementerian bagi memacu kecekapan dan keberkesanan inisiatif pendigitalan di Kementerian, di samping menyalurkan maklumat berkenaan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang terkini.

Pada mesyuarat kali ini, tumpuan adalah untuk membincangkan mengenai Polisi Pengintegrasian Data Pendidikan Tinggi, pelaporan status perkhidmatan E2E di Kementerian/Jabatan/Agensi/UA serta Cadangan Menaik Taraf Rangkaian Wi-Fi di Universiti Awam.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1027
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.