Pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Dan Pelantikan Semula Naib Canselor UMS Perkukuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Negara

Pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Dan Pelantikan Semula Naib Canselor UMS Perkukuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Negara

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani N. Hassan Thani sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu di pejabatnya pagi tadi. Pelantikan ini berkuatkuasa 1 Oktober 2023 bagi tempoh selama tiga tahun.

Pengalaman luas beliau dalam bidang korporat seperti di Sime Darby Oils International Limited, Sime Darby Plantation Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad dilihat mampu memperkukuhkan USIM dengan nilai-nilai teras utama USIM iaitu Al- Qawiyy Al – Amin.

Selain itu, YB Menteri Pendidikan Tinggi turut menyerahkan surat pelantikan semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada YBhg. Datuk Prof. Dr. Kasim Md Mansur untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 3 Oktober 2023.

Turut sama dalam majlis serahan tersebut ialah YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1338
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.