Pelantikan Semula Naib Canselor USM, UTM Dan UKM

Pelantikan Semula Naib Canselor USM, UTM Dan UKM

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melantik semula tiga (3) orang Naib Canselor Universiti Awam (UA) melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tiga (3) Naib Canselor tersebut ialah YBhg. Prof. Datuk Ir. Abdul Rahman Mohamed (USM), YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (UTM), dan YBhg. Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman (UKM).

Sesi penyampaian watikah pelantikan semula ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pada pagi tadi.

Pelantikan semula ini adalah bagi membolehkan mereka meneruskan kesinambungan pelaksanaan pelan strategik yang telah dibangunkan dalam memacu pembangunan akademik dan penyelidikan di peringkat universiti masing-masing.

Kementerian merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan ini dan yakin dengan ketokohan serta kewibawaan akademik ketiga-tiga Naib Canselor ini mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan memacu kecemerlangan universiti masing-masing sebagai antara universiti penyelidikan utama negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2446
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 29 April 2024, 18:21:44.