Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 Digesa Kemuka 5 Idea "Game Changers" Sekuriti Makanan

Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 Digesa Kemuka 5 Idea "Game Changers" Sekuriti Makanan

Isu Keterjaminan Makanan Dan Kemerosotan Hasil Pertanian Merupakan Fenomena Global Mendesak Yang Memerlukan Solusi Tuntas Serta Penyertaan Dari Pelbagai Pihak Yang Berkepentingan.

justeru, Sektor Pendidikan Tinggi Negara Turut Digesa Mengambil Tanggungjawab Untuk Memaklumkan Kepada Kerajaan Tentang Kedudukan Sektor Pertanian Dan Penghasilan Makanan Tempatan, Sama Ada Melalui Cadangan Solusi Atau Sumbangan Penyelidikan Yang Bermanfaat.

menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin Berkata Demikian Sewaktu Merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 Anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Juga Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Di Sini Pagi Tadi.

bertemakan "kelestarian Produktiviti Makanan Negara", Persidangan Dua (2) Hari Tersebut Bakal Menghimpunkan Lebih 400 Orang Peserta Terdiri Daripada Para Penyelidik, Penggubal Dasar, Agensi-agensi Kerajaan, Usahawan Juga Komuniti Bagi Membincangkan Pelbagai Perihal Pertanian Serta Isu Sekuriti Makanan Negara Secara Intensif.

menyifatkan Persidangan Ini Sebagai Sebuah Projek Negara Dengan Kepentingan Nasional, Beliau Menggesa Ahli-ahli Persidangan Untuk Mengemukakan Lima (5) Idea Besar Yang Bersifat "Game Changers" Dengan Jaminan Pihak Kerajaan Akan Sentiasa Bersikap Terbuka Dan Berlapang Dada Menerima Segala Komen Serta Cadangan Yang Diberikan.

pada Majlis Yang Sama, Beliau Telah Melancarkan Varieti Padi Baharu Hasil Kajian Upm Iaitu Padi Putra 1 Dan Padi Putra 2 Yang Dijangka Dapat Menghasilkan Output Lebih Tinggi Dan Lumayan Kepada Para Petani Serta Lebih Tahan Penyakit Dan Bencana Banjir.

percaya Kepada Kemampuan Upm, Beliau Berharap Hasil Kajian Dan Penyelidikan Universiti Itu Dapat Menyumbang Kepada Pemerkasaan Sektor Pertanian Tempatan Melalui Penyelesaian Masalah Serta Mencipta Peluang-peluang Baharu Kepada Pelbagai Pihak Untuk Menceburi Sektor Tersebut.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1579
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.