Persidangan Tahunan Pegawai Aset Tahun 2023 Bertemakan "Malaysia Madani: Pemantapan Tatakelola Pengurusan Aset Ke Arah Negara Progresif"
Bersempena Persidangan Tahunan Pegawai Aset Tahun 2023 bertemakan "Malaysia Madani:Pemantapan Tatakelola Pengurusan Aset Ke Arah Negara Progresif", Kementerian Pendidikan Tinggi bersama 20 buah Kementerian lain telah di kurniakan Sijil Penghargaan atas pencapaian Kadar Pusingan Stok (KPS) melebihi aras 4.0 bagi Tahun 2022.
Penghargaan diberikan bagi meraikan usaha Pegawai-pegawai Aset serta Stor di Kementerian untuk memastikan pengurusan aset dan stor dilaksanakan dengan baik dan teratur. Sijil Penghargaan ini disampaikan oleh YBhg. Datin Rashidah binti Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan Malaysia.
Semoga KPT kekal cemerlang dalam Pengurusan Aset dan Stor.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2158