CILTM Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

CILTM Adakan Kunjungan Hormat Kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi The Chartered Institute of Logistic & Transport Malaysia (CILTM) bagi mendengar cadangan daripada CILTM untuk menambah baik sektor logistik dan pengangkutan berasaskan penyelidikan.

Dalam pertemuan ini, YB Menteri menyarankan agar CILTM berperanan sebagai koordinator bagi memperkukuh kerjasama, menjadi penilai dan menganjurkan program di IPT yang bersesuaian dengan keperluan industri dan negara.

Di akhir pertemuan, YB Menteri turut menyambut baik cadangan yang telah diutarakan oleh pihak CILTM dan amat mengalu-alukan apa jua usaha yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1087
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.